Wednesday, May 19, 2010



4/22/10

Pemimpin Umno masuk PAS di N.Sembilan

JELEBU, 21 APRIL - Dua orang pemimpin Umno bersama-sama 10 orang lagi meninggalkan Umno dan menyertai PAS di sini tengahari tadi.

Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Gelang, Mohd Nazri Ismail dan Ketua Wanita Umno dari cawangan yang sama, Rohani Aziz mengetuai penghijrahan bersejarah itu.

Mohd Nazri berkata beliau kecewa dengan sikap pemimpin Umno yang menyerang peribadi calon PKR di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, Dato' Zaid Ibrahim dengan mengaibkan beliau secara terbuka.

" Mengaibkan seseorang itu dengan mengungkit kisah lampau bukanlah ajaran Islam sebenar.

" Beliau telah pun berubah setelah menyertai Pakatan Rakyat, kenapa harus mengungkit kisah silam beliau dan mengaibkan sedemikan rupa", kesal Mohd Nazri.

Menurut Mohd Nazri Umno sudah menyimpang dari dasar perjuangan yang sebenar apabila hanya mementingkan kuasa dan materialistik tetapi langsung tidak memikirkan masalah rakyat yang semakin hari semakin genting.

" Atas sebab itu saya bersama-sama dengan Rohani dan rakan-rakan di dalam Umno mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan menyertai PAS kerana kepimpinan PAS merupakan kepimpinan Ulama.

" Manakala di dalam Umno yang kaya semakin kaya, tetapi rakyat yang miskin semakin miskin", kata Mohd Nazri.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Taufek Abdul Ghani pula menyelar sikap Umno yang melancarkan serangan peribadi ke atas Dato' Zaid dengan cubaan mengaibkan beliau dengan mengungkit kesilapan lampau.

" Ternyata Umno tidak mampu menjawab isu Apco dan Asia Soft dan mereka tidak mempunyai isu untuk mengkritik Pakatan Rakyat, maka mereka melakukan taktik murahan dengan menyerang peribadi Dato' Zaid.

" Sebagai umat Islam Umno sepatutnya mendoakan agar Dato' Zaid kekal dalam kebaikan bukannya menghina kesilapan masa lampau beliau", ulas Mohd Taufek yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya III PAS N.Sembilan.

Mohd Taufek berkata rakyat semakin matang dan tahu Umno cuba mengelak daripada menjawab pelbagai isu penting termasuk salah guna kuasa.

Sementara itu Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, mengingatkan bahawa Penasihat DAP Lim Kit Siang mencabar beberapa Menteri Umno untuk mengaku bahawa mereka tidak pernah minum arak sebelum ini, tetapi tiada sesiapa pun yang dimaksudkan oleh Kit Siang bangun dan menafikannya.

" Bagaimana pula dengan isu meluluskan lesen kilang arak dan lesen judi?

" Siapa yang meluluskan semua ini jika bukan kerajaan Umno-BN", ujar Mohd Taufek.

Justeru itu Mohd Taufek meminta pengundi di Hulu Selangor membuat keputusan bijak dan mengambil iktibar dari insiden ini apabila Umno sanggup melakukan apa sahaja walaupun melanggar Sunnah demi mengukuhkan kuasa mereka.

Mohd Taufek menyeru pengundi Hulu Selangor agar tidak termakan dengan janji manis pilihanraya kecil ini oleh BN, kerana begitu banyak janji mereka di Bagan Pinang pun belum tertunai dan terlaksana lagi.

(Laman Blog YB Hj Taufek , ADUN Paroi , N.Sembilan dihttp://mohdtaufek.blogspot.com/ )

Di N.Sembilan orang keluar dari UMNO


Kalau di Hulu Selangor ialah berita orang keluar PKR. Tapi di Negeri Sembilan walaupun tiada pilihanraya kecil , orang di sana pula yang keluar UMNO.

Kisahnya di http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/04/kempen-umno-di-prk-hulu-selangor.html


Sumber: http://pasns.blogspot.com/




Tuesday, April 27, 2010

Berikut ialah sebahagian Pimpinan Barisan Nasional yang Keluar parti bersama ribuan penyokong masing-masing sejak setahun lalu (sekadar menyebut beberapa nama).

MIC

  1. Dr. Streram Sinnasamy yang juga Pengerusi MIC Cawangan Seri Sentosa menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR)
  2. Ketua Pemuda MIC Cawangan Bandar Bukit Mertajam, M. Pristiraj, 29,
  3. Ketua Wanita Mic Cawangan Sungai Rambai, Askusala Kumari, 35.
  4. Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Naib Presiden MIC, Datuk S. S. Subramaniam.


MCA

  1. Timbalan Ketua Wanita MCA merangkap Setiuasaha Parlimen dan Dr Tan Yee Kew
  2. Ahli Parlimen Segambut dan Timbalan Menteri Pembangunan Tanah Dan Koperasi serta Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Tan Kee Kwong
  3. Bekas Ketua MCA Bahagian Bukit Mertajam, Tony Peh Choon Peng
  4. Menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng
  5. Bekas Ahli Parlimen Sungai Besi, Fan Seong Than yang juga adik kepada bekas Ahli Parlimen Kampar, Fan Yew Teng,



UMNO

  1. Bekas ketua cawangan Umno Bukit Bendera Mentakab, Pahang, Datuk Alimudin Syawal
  2. Datuk Kalakau Untol, Bekas Timbalan Menteri Persekutuan
  3. Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim
  4. Tamrin Ghafar



PPP
1. Bekas Timbalan Ketua Bahagian PPP Teluk Kemang, S Karupusammy.


GERAKAN
1. Bekas Ahli Parlimen Segambut dan Timbalan Menteri Pembangunan Tanah Dan Koperasi, Datuk Dr. Tan Kee Kwong.


Nama-nama pemimpin yang lain akan dikemaskinikan apabila masa mengizinkan.